Sunday 24 May 2009

Semalam...

Sabtu, 23 Mei kiranya hari yg sibuk..selepas solat Suboh aku sambung berlengkor di tempat tidor sampai tak sedar anakku balik dari asrama dijemput oleh ibunya..isteri akulah tu..anak kau outing aje hari ni..

Aku bangkit tidor l/kurang 12.30 t/hari..mandi dan sarapan?? Selepas Zohor aku bergegas pulak ke Pdg Tengku terpaksa menemani isteri bertugas di pameran..

Kononnya pameran jabatan dia sempena Sambutan Hari Belia Peringkat negeri Pahang..kira oklah tu tapi aku pun tak taulah apa sebenarnya sambutan hari belia ni..sebab sesampainya aku di tapak program tu, pertandingan karoake hendak dimulakan..entah apa hala tuju yang UBN nak bawa belia ni tak tau lah aku..juruacaranya steady.. pemuda UBN yang sentiasa bersongkok ke masjid berserban..waduh!! Nak mual aku..pameran nampaknya x ade sambutan, banyak gerai yang masih kosong, agaknya tunggu esok aje hari perasmian..staff jabatan rasa terpaksa tapi apa nak buat arahan...SKT ke jaga beb..

Aku balik lepas Asar di Masjid Lama Pdg Tengku..jumpa ramai sahabat di situ..sampai rumah 5.20 lepas tu berkejar pula hantar anak ke asrama..

Balik dari asrama, ambik kesempatan meretoh pulak..(orang kata meretoh lepas asar ni x baik)

Lepas Maghrib aku bersama 3 orang sahabat gi pulak ke Dong sebab nak dengan forum..hujan turun bukan main lebat masa singgah kat Masjid Dong..macan tak jadi forum aje..

Syukur alhamdulillah bila sampai ke tapak Markas DUN hujan mula berhenti, sempat juga kena bakso..(bakso tu bahasa indon..kalau kita mee sup lah tu..)

Kehadiran tak berapa ramai mungkin Allah uji dengan hujan lebat tadi..sempat jua bertegor sapa dengan pimpinan PAS Raub..jumpa sahabat lama Hj Tony, dia sekarang dah naik pangkat Timbalan YDP Raub dalam mesyuarat agong yang baru ni..

Forum ni amat bagus bagi menerangkan kepada rakyat ramai situasi sebenar kemelut politik Perak, apatah lagi dengan peguam Hanipa Maidin salah seorang peguam DS Nizar, lain-lain 3 orang semua peguam juga..forum tu di akhiri dengan tayangan video kekecohan di sidang DUN Perak 7 Mei 2009 yang lalu..

Aku sampai kat rumah hampir pukul 12.00 malam..surfing internet sekejap lepas tidorlah apa lagi...

Mufti Perak

Aku dulu amat menyanjungi Sahibul Fadillah Dato Seri Harussani, Mufti Kerajaan Negeri Perak, seorang yang tegas dalam mempertahankan kesucian Islam..dia pernah berkata,"Saya tidak takut kepada sesiapapun kecuali Allah dan Sultan yang melantik saya", tapi sejak ditabalkan sebagai penerima Tokoh Maal Hijrah dari kerajaan berlainan pula sikapnya..

Cuba lihat ini petikan dari UM macam jurucakap UMNO pula gayanya..

RATUSAN BILLION WANG RAKYAT HANGUUUUUS!!!

Sebenor nyer, dah didedahkan lama dulu... iaitu pada 15 Mac 2004 lagi..... oleh Daniel Lan, seorang pakar ekonomi Asia Tenggara dengan Morgan Stanley, dalam majalah 'Time Asia' yang diterbitkan di Singapura.

Lihat di bawah berjela-jela .......

• Skandal Bank Bumiputra awal 1980 (RM3.2 billion)

• Kes Pasaran Timah Global - Maminco 1980an RM1.6 billion)

• Kerugian Bank Negara losses untuk "Foreign Exchange Futures" 1990an
(RM30 billion)

• Kerug Perwaja Steel (RM2.56 billion)

• Skandal Bank Islam (RM700 juta)

• Wang Ehsan dari Royalti Minyak Terengganu RM7.4 billion)

• Shoring-up of Valuecap Sdn Bhd with public funds (RM10 billion)

• Commissions to Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd on fighter and
submarine deals (RM910 million)

• Non-itemised IT equipment purchased for schools (RM2.21 billion)

• Soft loan to PKFZ (RM4.63 billion)

• Customs, Immigration and Quarantine complex for cancelled crooked bridge to
Singapore (RM1.3 billion)

• Gantirugi kpd Gerbang Perdana diatas pembatalan kontrak Jambatan Bengkok Johor
RM300 million)

• Dua bailouts kpd Malaysian Airlines System (RM7.9 billion)

• Bailout kpd Sistem LRT Putra RM4.5 billion)

• Bailout of STAR-LRT system (RM3.256 billion)

• Bailout untuk Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam (RM8.3 billion)

• Bayaran pampasan kpd 20 highway companies, as announced in 2006 (RM38.5 bill

Inilah gambaran betapa kita tidak boleh percaya lagi kepada UMNOBN mampu urus duit kita semua dengan cekap, jujur dan penuh tanggunjawab?? Katakan pada UBN..... enough is enough!!! poooooraaahhhh!!!! pelingkup duit rakyat!!

Dipetik dari suatu blog..maaf x ingat namanya..

Friday 22 May 2009

UMNO di talkinkan?

Salam,

Biar benar..aku terbaca berita ni sewaktu melayari blog YB Idham Lim..cuba lihat di sini! Memeranjatkan..

Tuesday 19 May 2009

Kenaikan Pangkat Secara KUP Kakitangan Awam

Salam,

Tahniah kepada semua kumpulan sokongan Perkhidmatan Awam Malaysia yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun...

Setelah sekian lama diperhambakan oleh kumpulan Pengurusan dan parti pemerintah, anda semua berhak mendapatkannya..anda semua mesti baca link ini!

Monday 18 May 2009

POLITIK WANG MEMANG BENAR-BENAR BERLAKU DALAM PAS

Sepanjang hampir 16 tahun berada di dalam Pas saya mengakui bahawa politik wang memang wujud dalam Pas. Serba serbinya memerlukan wang. Wang bukan segala-galanya...tetapi segala-galanya memerlukan wang. Nak pergi mesyuarat kena keluar wang poket sendiri...Buat program seperti tamrin dan rehlah...Biasanya wang poket keluar lagi...Bila hadir program seperti usrah, ceramah, mesyuarat agong atau hadir ke sesuatu program Pas...baik jauh atau dekat semua guna wang sendiri dari minyak kereta sehinggalah makan minum. Bila hadir pula pasti ada sahaja tabung derma yang diedarkan. Maka wang lagi akan disogok ke dalam tabung atau uncang derma mengikut kemampuan.

Bila minta tolong kawan-kawan sebagai ahli jawatankuasa atau membantu dalam sesuatu program mereka biasanya sedia membantu secara sukarela mengorbankan masa dan tenaga serta tak lupa mereka akan menyogok wang ringgit sendiri untuk menjayakan program tersebut...Kadang-kadang tak sampai hati melihat sahabat-sahabat sanggup hadir tolong buat kerja atau mesyuarat sehingga lewat malam maka saya akan menyogok mereka untuk belanja mereka makan-makan sambil sembang tentang jemaah dan pelbagai isu semasa.

Saya yakin wang yang saya sogokan ini terlalu kecil berbanding sogokan yang dilakukan oleh pelbagai lapisan dan peringkat yang berada di dalam Pas. Ada yang sanggup menyogok wang simpanan yang dikumpulkan sekian lama,tak kurang juga yang menyogok tanah dan bangunan yang dimiliki untuk perjuangan dalam Pas. Semua ini menyebabkan Pas terus utuh dan tegak berdiri serta melangkah gagah pada hari ini.

Tanyalah kepada mana-mana pimpinan tentang bangunan, markas dan premis yang dimiliki oleh Pas pada hari ini semua hasil daripada sogokan wang ahli dan penyokong serta mereka yang simpati di dalam Pas. Begitu juga dengan Ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut yang tersergam indah semuanya hasil sogokan yang berlaku dalam Pas. Jika tidak ada sogokan dari ahli dan penyokong Pas, Pas tak akan mampu memiliki bangunan tersebut yang nilainya mencecah jutaan ringgit.

Inilah sebahagian daripada politik wang yang berlaku dalam Pas. Harap-harap media milik Umno@BN tolong siarkan....Bahawa politik wang memang wujud dalam Pas...

Dipetik dari http://angkasanuri.blogspot.com/

Sunday 17 May 2009

RISIKO KOREK TELINGA

SEJAK kecil lagi kita telah didedahkan dengan kaedah mencuci telinga yang telah diamalkan secara turun-temurun oleh mereka yang lebih berusia daripada kita.

Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya pin rambut oleh mereka yang agak tradisional.


Kedua-duanya digunakan oleh mereka yang mempunyai niat dan tujuan mencuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga.

Ada yang menjadikannya sebagai satu rutin atas dasar telinga perlu dicuci selalu dan ada juga yang telah menjadikannya suatu amalan yang tidak boleh ditinggalkan setiap kali selepas mandi disebabkan oleh kerana terlalu biasa dengan amalan mengorek telinga.

Bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan pula, agak jarang mereka dapat merasai nikmat mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas. Jauh sekali untuk menjadikannya sebagai rutin harian.

Lantas, golongan ini sering dianggap tidak pandai menjaga kebersihan diri kerana membiarkan tahi telinga terkumpul dalam lubang telinga.

Tanggapan salah

Mungkin suatu pendedahan atau maklumat baru yang agak mengejutkan sekiranya anda diberitahu bahawa penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran.

Itulah hakikat sebenarnya jika anda bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun.

Itu bukanlah suatu yang menghairankan kerana kepercayaan yang kurang tepat ini tidak begitu terdedah kepada masyarakat awam.

Hanya mereka yang mengalami masalah tersumbat tahi telinga sahaja yang mengetahuinya kerana tabiat mengorek telinga secara rutin inilah yang menjadi punca yang membawa mereka ke klinik berjumpa doktor.

Lilin telinga

Sesungguhnya manusia diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, lengkap dengan mekanisme yang membolehkan kita menjalani hidup yang selesa, walaupun tanpa pengunaan perkakasan tambahan.

Saluran telinga manusia mempunyai bahagian yang dilapisi kulit yang menghasilkan lilin telinga (ear wax).

Saluran telinga mempunyai struktur menyerupai rerambut halus di bahagian menghala ke luar, dan bahagian tanpa rerambut yang letaknya lebih ke dalam yang hampir dengan gegendang telinga.

Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga.

Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci, dan fahaman ini sebenarnya adalah salah!

Kesan mengorek telinga

Menjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai ‘tahi’ itu perlu dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama.

Lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia. Amaun yang dihasilkan amatlah sedikit.

Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu.

Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ‘menyapu keluar’ lilin telinga ini.

Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga.

Itu sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita.

Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam.

Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif (conductive hearing loss).

Tidak kurang juga kes-kes di mana hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan menyebabkan ia tertinggal di dalam lubang telinga.

Ia tidak dapat dikeluarkan di rumah oleh pesakit sendiri atau kawan yang ingin membantu. Ini kerana lokasinya yang agak jauh ke dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya.

Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps.

Ada juga di kalangan kita yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga.

Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana ia akan lebih mendedahkan pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada gegendang telinga selain daripada ia turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna.

Kurang dengar

Apabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin menghampiri gegendang telinga.

Gegendang ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga bunyi kepada tenaga getaran atau mekanikal.

Apabila ada sesuatu yang menyentuh apatah lagi menghimpit dan menekan ke atasnya, maka sistem konduksi bunyi akan terganggu dan terjadilah masalah pendengaran.

Perlu difahami, kehadiran gumpalan lilin telinga yang termampat akibat sentiasa ditolak masuk oleh putik kapas akan menyebabkan gelombang bunyi yang sepatutnya masuk ke dalam telinga akan terhalang.

Lantas, jumlah stimulasi bunyi yang sampai ke gegendang untuk diinterpretasi akan menjadi minimum dan mungkin tidak cukup untuk tahap pendengaran yang jelas.

Rawatan

Pesakit selalunya akan hadir ke klinik dan hospital apabila terjadinya masalah pendengaran yang mengganggu tugas harian mereka.

Ada juga di kalangan pesakit yang menghadapi bunyi bising (tinnitus) di dalam telinga. Setelah menjalani pemeriksaan dan lilin telinga termampat disahkan, doktor akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengeluarkannya.

Kaedah konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari (ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih sahaja).

Dengan cara ini, lilin telinga akan menjadi sedikit lembut dan lama-kelamaan ia akan terkeluar dengan arus air tersebut.

Bagi sesetengah kes pula, ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan.

Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan.

Apabila lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran seperti sedia kala.

Bunyi bising dalam telinga atau tinnitus akan hilang dan rasa selesa kembali dinikmati. Nasihat yang diberikan ialah supaya pesakit tidak lagi menggunakan putik kapas pada masa akan datang.

Kita perlu ingat bahawa badan kita telah diciptakan dalam keadaan yang cukup baik dan serba lengkap.

Sebarang manipulasi hendaklah disertakan dengan ilmu yang mencukupi agar kita tidak ditimpa mudarat.

Benarlah kata orang-orang tua bahawa menjaga kesihatan dengan cara mencegah adalah lebih baik, lebih selesa, lebih mudah dan jauh lebih murah daripada merawat.